Kisah Aku...sentiasa aku...

Kisah Aku...sentiasa aku...

Friday, December 31, 2010

Hari Ini...

Hari ini Jumaat bersamaan 31 Disember 2010....Cuti Umum...
Yeaa.....!

Nak tahu kenapa cuti umum, hei ni Dato' Seri najib Tun abd Razak, Perdana Menteri Malaysia kita yang bagi sebab...hah, skuad bola sepak kebangsaan kita berjaya merangkul kejuaraan pertama untuk negara dalam perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Bung Karno dengan mata aggreget 4-1 / 4-2?...entah lupa pulak...kalau salah jangan marah yek...soccer fan...














Hari ni aku balik Selayang...ehheehhe...dah lama tak balik padahal rumah dekat jek...oh pada yang tak tahu lagi, aku skang ni menetap di Putrajaya...maklum lah dah bekerja disitu maka aku pun tinggal disitu...senang...takdelah aku jenuh nak bangun pagi-pagi buta dengan nak menempuh 'jem'...huh...tak sanggup. Sekali-sekala tu boleh lah...selalu cam tak larat jek...


Yup...lagi beberapa jam, kita akan melangkah ke tahun baru...yup...New Year...apa azam tahun baru aku?...Yang pasti aku nak kawin dan kalau boleh azam tahun baru aku, selain daripada keje yang aku ada skang, aku nk wat keje tambahan lain dan aku mesti dapat apa yang aku hajati...InsaAllah...harap-haraplah menjadi...tapi tuhlah, pengorbanan kene lebih skit...kerja kuat...Amin...

Kepada semua warga Malaysia dan semua di seluruh dunia, Selamat Tahun Baru atau dalam bahasa Inggerisnya...Happy New Year Uollsss...vass gitu...sat gi mana yang nak celebrate kat Dataran Merdeka ke atau kat KLCC ke, berseronok-seronoklah tapi biar berpada-pada...yang masih bersekolah tuh, balik awal...jangan nak lepak tak tentu hala...yang muslim tu...jaga-jagalah tata susila...


Happy New Year....!

No comments:

Post a Comment