Kisah Aku...sentiasa aku...

Kisah Aku...sentiasa aku...

Sunday, November 20, 2011

Gadjet Freak ..... Maniaaaa.....

Eleh.... tajuk macam gempak jeks...padahal aku bukan tahu sangat pasal gadjet nih. yang aku tahu...gadjet2 ni cantik...cute dan boleh digunakan sahaja...tak kene tipu ngan penjual tapi telepon pun termasuk dalam gadjet gaks kan?

Aku ada terbekenan dengan satu phone nih...baru launching 11.11.2011 yang lalu. Disebabkan baru sahaja launching, makanya...rege phone nih masih lagik  di tahap 'nan ado' untuk orang macam aku nih. Mahal der...tapi kan, aku dok gi melawat kedai DIGI...konon2 nak tengok dummy atau pun sample lah...kan biasanya ada letak kat kedai-kedai...biar orang leh tengok...pegang...try test power...tapi aku gi kedai DIGI Alamanda, PKNS dan Selayang (kat area umah mak aku...Selayang Mall) belum ada lagik yang letak dummy atau sample...bila aku tanya kenapa tak letak...dorang kata barang panas, takut kene curi...huh?... boleh pulaks....tapi kebanyakkan kedai, stok dah abih...ceh...

Cuma yang menghairankan aku, promosi setiap kedai DIGI berbeza. Kat Alamanda...rege body Phone ....oh aku lupa nak kenalkan phone yang aku ske sangat tu...Samsung Galaxy Note... hah...kekekek...lupo plaks...sambung balik, promosi setiap kedai berbeza. Kat Alamanda...RM2199 untuk body sahaja sedang kan itu harga untuk pakej DIGI. Di PKNS Shah Alam pulak rege dia RM1780 untuk body (boleh tahan lah murah cuma aku tak tau plaks kalau dia murah sebab kurang GB macam iphonekan?) dan di Selayang juga rege dalam RM2010. Hmm...kenapa macam tu ek?...

Apa yang pasti, aku memang dah jatuh cinta sangat-sangat pulaks dengan phone nih. memandangkan phone BB boyfriend aku ni sensor dia dah rosak...macam molek lah kot aku nak tukar phone baru. tapi masalahnya...wang nya kok...kureng...adoi...masak aku...



Saturday, November 19, 2011

Hai korang...

Lama aku tak update blog aku ni. Hmm... Aku bukan apa... Bz sikit...

Well nak citer apa? Kata ucop hantu kak limah, Cer citer cer citer... Kakaa...

Aku nak citer perihal ragam rakan-rakan opis aku. Sebenarnya aku bukanlah nak citer buruk org cuma kan aku nak kongsi cerita sikit. Adoi...payah plaks nak taip pakai iphone nih. 'agak kelembapan makcik nak menaip'.

Macam nk citer dia, Jumaat baru-baru ni kan, kat opis aku terjadi satu pergaduhan yang pada aku tak sepatutnya berlaku lah. Sebabnya kan, pegaduhan antara seorang makcik ( staff senior) ngn hmmm...staf junior. Masalah kecik jek... Rasa tak puas hati masing- masing. Sorang ngata " dia ni sikit- sikit nak ngadu ngan bos" yang sorang lagik pulak " dia ni ske buruk2 kan akak... Ngata akak macam2"
Sebab masinf- masing memendam perasaan maka masing pun akhirnya meletup. Maka memekik melolong lah masinf- masing kat opis. Yang paling penting, bos aku pun join skali. Aku pun tak paham apahal yang dia pun jpin skali... Ish komplikated jugak nak citer kat sini. Udoh ler aku naip pake iphone ni hah kata orang perok... Susoh teman. Dok taip delete, taip delete. Lengoh aku. Sambung nantilah. Guna netbook ek. Adik aku pun nak guna lik iphone dia nih... Kekekeke...

Tata...

Tuesday, September 20, 2011

Sarkastik vs Sentap

Hai korang...

Masih tak terlambat lagik kot nak ucapkan selamat hari raya kepada semua... kot lah, ada yang mengikuti blog luahan perasaan aku nih... Maaflah pada yang tak suka... yang baca separuh jalan dan terus delete...memang blog aku nih bukan dibuat untuk menarik perhatian orang pun.... kira blog ni aku jadikkan macam diari jek lah... tempat luah perasaan yang sentiasa nak terasa ati...tapi, sensitif sangat ker aku?...

Kali ni aku nak cerita pasal Sarkastik Vs Sentap.

Sarkastik -

Mengikut pemahaman aku, ia lebih kepada sikap manusia yang suka memerli dan bercakap sinis... sebab apa mereka macam tu,

Pertama - mungkin untuk kepuasan hati
Kedua - Untuk menutup kelemahan diri
Ketiga -  menunjukkan kehebatan diri
Keempat - Hasil didikan orang tua (mestikah orang tua terus dipersalahkan?)
Kelima - Dah memang perangai macam itu
Keenam - Lu Pikir Lah Sendiri...kekekek...

Sentap -

Individu yang cepat terasa dan sensitif lah kata orang...

Aku bukan apa, cuma kadang-kadang aku macam terfikir, kenapa orang senang sangat nak bersikap sarkastik?... apa perasaaan dorang yang sebenar-benarnya selepas dorang bercakap sinis ngan orang lain. Ada tu, perangai sarkastik dorang makin menjadi-jadi

Friday, July 22, 2011

Di Belasah semasa mesyuarat oleh bos dan kawan sendiri.... ?

Hai....

Tajuk di atas....

Korang pernah rasa tak?...or maybe korang pernah kene?....

Well, actually, aku baru jek kene tadi but actually bukan aku jek lah yang kene tapi several of my collegue yang x sekutu ngan bos aku telah terkena tempiasnya. Adakah aku suka merungut?... Adakah aku suka menunding jari. Yup, maybe ada yang kata..."mungkin budak ni lebih kurang jek"... I don't know... i've tried to make people feel happy and comfortable being with me...working with me... tried to help them went they need without asking them to pay back but in the end ... aku terkena.... I feel like telah di khianati....

Aku bukan apa...pagi tadi masa mesyuarat...bos buat round table...tanya sorang-sorang sekiranya ada masalah atau pertanyaan untuk dikongsi bersama. Aku as usuall kata " takde apa-apa Puan"...sebab aku malas dah nak bising-bising...tapi bila sampai ke turn member kesayangan aku yang sorang ni...dia boleh cakap..." Puan, saya nak tanya...macam mana kalau saya bersalin nanti?...sapa orang yang nak buat kerja saya...nak tolong Puan (Miss editor lagi sorang - oh ya lupa, kawan aku yang bercakap tadi adalah seorang editor video)...xda orang nak buat kerja saya"...lepas tuh, bos seksyen aku pun bersuara bercakap yang kebanyakkan penerbit-penerbit seolah-olah tiada kerja (aku bertugas sebagai penolong penerbit rancangan). Lepas tu suka lepak kat tempat...berkumpul beramai-ramai...mengumpat orang...pergi kursus editing tapi bila balik pejabat...tak nak buat kerja pejabat...dan etc...etc...etc..."

Agak panas dan berdesing jugaklah telinga aku mendengar nya...betullah kata orang...kalau terasa sangat tu maknanya memang terkena batang idung lah tu....tapi aku terasa sangat-sangat...sebab...selama ni, kami penerbit yang tak banyak kerja nih lah yang banyak back up U dear...time u ponteng kerja...datang opis lambat...cuti sebulan....kursus tiga bulan...kami yang 'banyak kerja' ni lah yang buat kerja u dear. So, aku tak nampak lah kalau U dear cuti bersalin takde orang nak cover kerja U sebab selama ni memang kami yang tanggung kerja U ok !...

Booking crew....booking transport suppose U dear yang buat, tapi last2...aku yang buat...tapi aku tak pernah merungut... Kerja U dear, duduk lepak tempat member, main game...gelak-gelak macam hantu...keluar awal tengok wayang... My Dear Ya Allah....kenapa ko boleh blame orang kata seolah-olah selama ni kami tak pernah membantu dan tak pernah buat kerja...so dame stupid lah....

Maaf lah kepada sesiapa yang membaca blog aku hari ini... tapi aku tak tahu nak luahkan dekat siapa... actually, sangat complicated kes ni... kronologi terlalu panjang. Tapi my boss yang konon nya dulu bengang dengan My Dear editor ni, leh cakap tak serupa bikin pulak...so, stupid.... Boss aku tu pun, hai...entahlah...


Ya Allah...andai aku banyak melakukan dosa pada Mu...berpaling sesaat pada Mu...aku mohon ampun...walaupun aku tahu, setiap ujian dan dugaan yang kau beri kerana engkau tahu kekuatan hambaMu itu, tetapi aku memang tak mampu untuk menanggungnya lagi...Hebat sungguh ujian Mu itu Ya Allah....

Saturday, June 25, 2011

Muslimah dan blog

Hai uoolllsss....

Korang perasan tak sekarang ni makin banyak blog-blog berkaitan fesyen?. Lagi best blog-blog fesyen ni bukan sahaja di pelopori oleh fashionista tidak bertudung malahan di kalangan mereka yang muslimah, sangat menarik. Ini menandakan bahawa muslimah- muslimah yang ada sekarang ini bukan lah 'skema' sangat. Yelah, aku ingat lagi masa zaman-zaman aku sekolah dulu. Kebanyakkan budak-budak perempuan cuma pakai tudung semasa di sekolah. Selepas habis sekolah....nah...kepala 'gonjeng' kata orang Perak. Hilang tudung....Aku sering tertanya-tanya kenapa?...walhal aku pun sama jek...tudung sudah hilang....kekekekek....Nak tahu apa alasan aku masa tu?

Hah...adik-adik...jangan ikut alasan aku nih ek...alasan yang tidak boleh diterima pakai. Alasan aku adalah panas. Panas ker?...Ish...esok kat akhirat lagik panas...tak baik betul alasan aku nih. Tapi lain pulak halnya nyer dengan kawan aku nih. Alasan dorang

1. " Pakai tudung nih nampak macam skema jek...."
2. " Pakai tudung?...pakaian terhad jek lah...susah nak bergaya"
3. " alah...muda-muda nih tak yah pakai tudung dulu...kita melaram sampai lebam dulu...sok dah dewasa sikit baru lerrr pakai tudung...sekarang ni kita pakai tudung waktu sekolah aja"

Hmmm...macam-macam lagi sebenarnya alasan kawan-kawan aku nih...tapi yelah, waktu tu zaman sekolah...itu sudah lebih berbelas tahun yang lalu...or mungkin dalam lingkungan 20 tahun yang lalu....Bile sebut 20 tahun yang lalu, macam dah tua jek aku kan?... Masa tuh pun, fesyen-fesyen muslimah yang trendy nih belum ada lagik. Memang diakuilah, pada aku, ada sedikit unsur skema atau tak berapa nak 'fashionable' lah. Macam tu jek gaya dorang...ada pun sikit-sikitlah, senget sini sikit senget sana sikit.

Tapi sekarang ni, wah...macam-macam jenis fesyen ada. Sampai ada yang buat blog dan bagi toturial bagaimana nak nampak cantik dengan bertudung. Antara blog yang aku baru jek baca tadi dan aku memang sangat-sangat jatuh cinta dengan blog minah nih...sweet jek budak nih...oopppsss....jangan ingat aku 'bengkok' lak ek....Ini pendapat ikhlas (insyAllah) dari aku...kenapa aku kata insyAllah?...sebab ikhlas kan hanya Allah sahaja yang boleh nilai...aku cuma ingin gambarkan sahaja pujiaan aku...

Ok...berbalik kepada apa yang aku nak cakap kan ni. Blog yang aku suka sangat tu ialah blog Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com. Best blog nih (pada aku lah). Sebab minah comey ni sudi berkongsi tip-tips macam mana nak nampak kemas, cantik, menarik dan da BOMB yollll....

Minah ni memang sempoi, cerdik, pandai dll. Korang tengok sendiri lah, macam-macam gaya tudung dia pakai...dan paling penting sekali, bagaimana dia gayakan tudung + baju / warna tudung + baju / warna baju + tudung / mix and match blocking color... sangat cantik...

Kalau ikutkan, banyak lagik nak cerita nih tapi dah tak larat laks nak taip sebabkan, sambil aku menaip sambil aku meng'adjust' blog aku nih...letih plaks rasanya tangan...kekekek....lagik pun aku nak bersiap sebab mak aku ajak temankan dia pegi mall...nak cari lipstik....hmmm...aku pun nak gak tengok-tengok apa yang best...

Jumpa lagik...



Jap aku pastekan gambar minah Fatin Liyana ni yek dan laman blog dia...Have fun...







Tengok betul-betul kat seluar budak nih...
 ini ler seluar yang aku suka sangat weii..
tapi cutecarry.com pesan, kalau badan berisi,
elakkan pakai seluar cengginih... adoi...



Friday, June 24, 2011

Apa pendapat anda dengan fesyen vintage muslimah?


So, sekarang ni, era fesyen semakin menjadi-jadi.... Kalau dulu, kita biasanya melihat samada di majalah atau di kaca tv atau di billboard atau mungkin juga di pentas peragaan fesyen-fesyen yang menampilkan wanita seksi... gorgeous, 'in'...tetapi sekarang ini tidak lagi. Opppsss....Opppsss...bukan bermakna fesyen-fesyen seksi ni tidak popular lagi. Well, seksi itu subjektif kan?...Orang pakai baju kurung pun boleh dikatakan seksi...Entah macam mana yang dikatakan seksi....hhhmmmm?.... tepuk dada tanya selera.


Kemunculan fesyen bertudung kini semakin berleluasa, semakin popular dan semakin mendapat tempat di hati fashionista negara. Bayangkan, disebabkan fenomena fesyen wanita bertudung selendang ini semakin popular, ramai anak dara atau wanita yang dahulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Satu perkara yang menakjubkan....Alhamdulillah....


Macam-macam gaya tudung...ada yang bergaya dengan tudung bawal / voille lah, tudung selendanglah...belit sana...belit sini, putar sana...putar sini...sepit sana dan sepit sini. Ada pulak siap letak aksesori seperti cekak rambut atau sepit rambut. Kreatif kan?


Dari tudung ke pakaian...hmmm....sangat sesuai. Cumakan, aku tertarik dengan fesyen yang kembali 'in' iaitu fesyen vintage. Ada yang cantik dan ada yang...hhhmmmm...macam kurang sesuai jek. Apa yang aku katakan dengan kurang sesuai adalah kerana terdapat sesetengah pakaian yang digayakan dengan tudung tetapi masih mendedahkan ....well...aurat. Maaf, aku mengaku aku bukanlah baik sangat. Bukan seorang yang mungkin boleh dikatakan warak cuma dari segi logiknya sahaja yang aku ingin komen disini.


Cuba bayangkan, bertudung...berselendang...tetapi pakaian ketat....tambah pula kain pakaian daripada jenis 'lycra' (kain lembut, sedikit nipis dan membentuk tubuh). Ada juga sesetengah fesyen wanita bertudung yang menggayakan baju tight in dengan seluar skinny. Faham tak?...Aku tak kata tak sesuai sangat...cantik sebenarnya cuma kita kene pandai-pandai lah sesuaikan agar masih mengikut etika dan ciri-ciri islamik.


Di sini, aku letakkan beberapa gambar-gambar menarik untuk tatapan anda...


Contoh fesyen berselendang yang semakin popular

Yuna - Inspirasi remaja wanita hari ini
Hana Tajima - model wanita bertudung keturunan Jepun + Inggeris






Monday, June 6, 2011

Buntu...

Aku masih lagi buntu...tak tau nak jual apa dalam blog nih...disebabkan buntu jugaklah, aku dah lama tak buka blog...

Adoi...

Tengok orang lain buat blog...jual macam-macam produk, macam senang jek...tapi aku nak mula kan...macam susah jek...mungkin aku tak tau nak cari produk yang sesuai untuk di jual dan mendapat perhatian ramai...betul tak?...

Thursday, January 6, 2011

Macam mana nak cari keje 'Part Time'?

Aku buntu lah nak cari keje 'part time'. Walaupun aku berkerja di sektor gomen tetapi entah lah...masalah kewangan tu, tuhan sahaja yang tahu...mungkin pertamanya aku ni boros...kedua entahlah...ada orang kata kalau duit selalu tak cukup tuh maknanya dia kerja tak ikhlas...tapi tak ikhlas ke aku?...mungkin lah kot sebab kadang-kadang aku main-main jugak waktu bekerja...tapi ada orang lagi teruk...ponteng keje, datang keje 'punch card' jek lepas tuh hilang, bile bos bagi keje...dorang tangguh sampai bos mengamuk baru nak buat...tapi aku tengok rezeki dorang tu murah jek...sedang kan aku buat semua keje walaupun kadang-kadang jek ponteng tapi bile di pejabat aku buat keje cuma bile ada waktu terluang dan memang time tu takde keje, baru aku main-main...

Mungkin ini antara ujian tuhan jugak untuk aku....aku selalu luahkan perasaan aku kepada kakak kat opis ni, Kak Liza...dia pun rasa apa yang aku rasa...cuma dia slalu ingatkan aku...bukan masalah keje tidak ikhlas atau boros sahaja tapi paling besar kesilapan kita adalah hubungan kita dengan tuhan masih belum rapat dan tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggujawab kepada-Nya...

Hmmm...yelah...betul jugak...hubungan dengan Allah s.w.t itu penting...aku sedar...kadang-kadang aku lalai dlam menjalankan tanggung-jawab kepada-Nya...mungkin itu yang menjadikan rezeki aku kurang diberkati...

Jadi sempena azam tahun baru ni, aku cuba untuk berubah dan harapan aku agar hijrah aku diterima...tapi ada masanya aku masih macam ni...

Sunday, January 2, 2011

AKU DAH GEMUK.... ARRGGGHHH..... !

Betul, memang aku dah gemuk...rasa sakit hati...macam tak percaya...tapi macam mana aku boleh gemuk?...
Kawan-kawan aku kata sebab aku tengah bahagia dengan chenta hati terbaru tapi dulu pun aku ada chenta hati gaks tapi rasanya tak lah gemuk macam sekarang...sampai dagu berlapis...aarrrgghhh....aku rasa, perasaan bila berat badan naik aka gemuk lagi teruk daripada jerawat tumbuh kat muka...sebab kalau jerawat tumbuh, beli jek produk apa-apa pun, tenyeh kat muka, InsyAllah mesti hilang punya jerawat tuh tapi bile berat badan naik?...hmmm...pening...

Bile aku tengok-tengok balik baju-baju yang tak berapa nak lama yang aku asing kan di dalam kotak....macam tak percaya jek aku pernah menyarungkan baju -baju tu semua...kecik jek....semua saiz S-M...taklah macam sekarang L-XL...jauh tak perbezaannya?...

Bukan setakat BF aku jek yang bising berat badan bertambah....ayah aku pun asyik perli-perli jek kat umah...Rasa-rasaya sebab apa yek berat badan aku naik?...mendadak tau...

Aku target yang sebab berat badan aku mula naik ialah:
Pertama masa aku kene suspek denggi - doktor pesan banyak minum 100 plus...sebab taksub sangat-aku ter'over' ambil air tu...
Kedua bile aku start dapat gastrik balik...semua berpunca daripada gara-gara aku yang ber'outstation' di Kelantan...pegawai-pegawai muda yang kelam kabut dengan tiada perancangan teratur meminta aku dan krew bersiap sedia lebih awal tanpa bersarapan dahulu...at least, sediakan lah sedikit pengalas perut untuk kami...sampai di kawasan tapak projek...ingatkan dapat makan tapi makanan yang disediakan hanya untuk pegawai atasan...kami pulak kene terus segera ke lokasi untuk shot video...bayangkan dari jam 7 pagi sampai ke jam 12 tghari aku tak makan...lepas jam 12 tghari, kami pergi ke Hotel Suria, Kota Baharu untuk Sidang Media bersama Tok Pa atau Datuk Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri...selesai jam 3 petang...baru dapat makan...jadi bayangkan berapa lama aku berlapar?...untuk makluman, kami tinggal di hotel bajet...tiada disediakan makan pagi...start dari situ, aku start kene gastrik semula setelah lama tak kene...sejak dari itu, aku tak boleh tak makan...kalau tak, sakit perut...
Ketiga - maybe betul jugak ada bf baru nih, dia bukan lah kuat makan sangat tapi...ble kuar, mesti cari kedai makan....huhuhh...
Keempat- dulu masa tinggal rumah sewa ngan member baik aku Wan Farah...tinggal rumah flat...sebab malas nak tunggu lif, kami panjat tangga...parking pun jauh (maklumlah...Putrajaya - parking terhad) sebab sentiasa berpeluh...susah skitlah kot nak naik berat badan...skang dah dapat kuarters, orang tak berapa nak ramai...aku pun naik lif jek...parking pun depan lif...macam mana tak gemuk...
Kelima - sebab dah tinggal sorang kat kuarters - nak masak nasi problem...sikit macam mana pun aku masak, tapi masih banyak lagi...disebabkan tak nak membazir, terpaksa jugak aku makan sampai habis....last2 selera makan aku makin menjadi-jadi pulok...

Hmmm..kalau nak dikire alasan tu, banyak lagi yang aku nak senaraikan...tapi cukuplah setakat ini...aku benar-benar nak kurus semula...yelah, skang ni ramai sangat yang mati terkejut...betul ajal maut di tangan tuhan...tapi kalau kita tak jaga kesihatan, macam-macam penyakit lekat...kalau mati takpalah, kalau kita menderita sakit...kita bukan setakat menyusahkan diri kita tetapi kita menyusahkan orang lain untuk menjaga kita...betul tak?..walau macam mana pun, semuanya juga adalah ujian daripada Allah....

Jap aku cari gambar-gambar lama aku ek untuk aku paste kan disini dan gambar terbaru aku yang berdagu lapis...

Dahulu....aku....
Aku - berbaju Hijau...

Aku - Berbaju Kebaya Hitam
Sekarang....aku...

Gemuk kan?...

Jadi, tadi aku adalah melayari laman sesawang untuk mengetahui jadual pemakanan sihat dan tip-tip untuk kurus...dan ini yang dapat aku kongsikan bersama anda...ikut lah mana yang terbaik untuk korang semua...

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tip kuruskan badan tanpa ubat Ada tips skit:

" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

 Selamat Mencuba

Saturday, January 1, 2011

Destinasi Terakhir...ke situ jua kita akhirnya...




Salam tahun baru...

Belum pun puas kita menyambut keseronokkan tahun baru, sebentar tadi saya telah mendapat satu berita yang mengejutkan...berita kematian pelakon Adamaya dan yang terbaru Tiramisu Arwah Faizal Yusof juga dikenali sebagai Ex-Hubby penyanyi Siti Nordiana.

Meninggal pada 1 Januari 2011...pasti tarikh ini akan menjadi sejarah dan pembukaan bagi dunia seni tanah air apabila kita kehilangan seorang lagi bakat besar...

Faizal Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.45 petang tadi akibat serangan jantung...di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur...

Semoga rohnya di cucuri Allah s.w.t.