Kisah Aku...sentiasa aku...

Kisah Aku...sentiasa aku...

Friday, June 24, 2011

Apa pendapat anda dengan fesyen vintage muslimah?


So, sekarang ni, era fesyen semakin menjadi-jadi.... Kalau dulu, kita biasanya melihat samada di majalah atau di kaca tv atau di billboard atau mungkin juga di pentas peragaan fesyen-fesyen yang menampilkan wanita seksi... gorgeous, 'in'...tetapi sekarang ini tidak lagi. Opppsss....Opppsss...bukan bermakna fesyen-fesyen seksi ni tidak popular lagi. Well, seksi itu subjektif kan?...Orang pakai baju kurung pun boleh dikatakan seksi...Entah macam mana yang dikatakan seksi....hhhmmmm?.... tepuk dada tanya selera.


Kemunculan fesyen bertudung kini semakin berleluasa, semakin popular dan semakin mendapat tempat di hati fashionista negara. Bayangkan, disebabkan fenomena fesyen wanita bertudung selendang ini semakin popular, ramai anak dara atau wanita yang dahulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Satu perkara yang menakjubkan....Alhamdulillah....


Macam-macam gaya tudung...ada yang bergaya dengan tudung bawal / voille lah, tudung selendanglah...belit sana...belit sini, putar sana...putar sini...sepit sana dan sepit sini. Ada pulak siap letak aksesori seperti cekak rambut atau sepit rambut. Kreatif kan?


Dari tudung ke pakaian...hmmm....sangat sesuai. Cumakan, aku tertarik dengan fesyen yang kembali 'in' iaitu fesyen vintage. Ada yang cantik dan ada yang...hhhmmmm...macam kurang sesuai jek. Apa yang aku katakan dengan kurang sesuai adalah kerana terdapat sesetengah pakaian yang digayakan dengan tudung tetapi masih mendedahkan ....well...aurat. Maaf, aku mengaku aku bukanlah baik sangat. Bukan seorang yang mungkin boleh dikatakan warak cuma dari segi logiknya sahaja yang aku ingin komen disini.


Cuba bayangkan, bertudung...berselendang...tetapi pakaian ketat....tambah pula kain pakaian daripada jenis 'lycra' (kain lembut, sedikit nipis dan membentuk tubuh). Ada juga sesetengah fesyen wanita bertudung yang menggayakan baju tight in dengan seluar skinny. Faham tak?...Aku tak kata tak sesuai sangat...cantik sebenarnya cuma kita kene pandai-pandai lah sesuaikan agar masih mengikut etika dan ciri-ciri islamik.


Di sini, aku letakkan beberapa gambar-gambar menarik untuk tatapan anda...


Contoh fesyen berselendang yang semakin popular

Yuna - Inspirasi remaja wanita hari ini
Hana Tajima - model wanita bertudung keturunan Jepun + Inggeris






No comments:

Post a Comment