Kisah Aku...sentiasa aku...

Kisah Aku...sentiasa aku...

Saturday, June 25, 2011

Muslimah dan blog

Hai uoolllsss....

Korang perasan tak sekarang ni makin banyak blog-blog berkaitan fesyen?. Lagi best blog-blog fesyen ni bukan sahaja di pelopori oleh fashionista tidak bertudung malahan di kalangan mereka yang muslimah, sangat menarik. Ini menandakan bahawa muslimah- muslimah yang ada sekarang ini bukan lah 'skema' sangat. Yelah, aku ingat lagi masa zaman-zaman aku sekolah dulu. Kebanyakkan budak-budak perempuan cuma pakai tudung semasa di sekolah. Selepas habis sekolah....nah...kepala 'gonjeng' kata orang Perak. Hilang tudung....Aku sering tertanya-tanya kenapa?...walhal aku pun sama jek...tudung sudah hilang....kekekekek....Nak tahu apa alasan aku masa tu?

Hah...adik-adik...jangan ikut alasan aku nih ek...alasan yang tidak boleh diterima pakai. Alasan aku adalah panas. Panas ker?...Ish...esok kat akhirat lagik panas...tak baik betul alasan aku nih. Tapi lain pulak halnya nyer dengan kawan aku nih. Alasan dorang

1. " Pakai tudung nih nampak macam skema jek...."
2. " Pakai tudung?...pakaian terhad jek lah...susah nak bergaya"
3. " alah...muda-muda nih tak yah pakai tudung dulu...kita melaram sampai lebam dulu...sok dah dewasa sikit baru lerrr pakai tudung...sekarang ni kita pakai tudung waktu sekolah aja"

Hmmm...macam-macam lagi sebenarnya alasan kawan-kawan aku nih...tapi yelah, waktu tu zaman sekolah...itu sudah lebih berbelas tahun yang lalu...or mungkin dalam lingkungan 20 tahun yang lalu....Bile sebut 20 tahun yang lalu, macam dah tua jek aku kan?... Masa tuh pun, fesyen-fesyen muslimah yang trendy nih belum ada lagik. Memang diakuilah, pada aku, ada sedikit unsur skema atau tak berapa nak 'fashionable' lah. Macam tu jek gaya dorang...ada pun sikit-sikitlah, senget sini sikit senget sana sikit.

Tapi sekarang ni, wah...macam-macam jenis fesyen ada. Sampai ada yang buat blog dan bagi toturial bagaimana nak nampak cantik dengan bertudung. Antara blog yang aku baru jek baca tadi dan aku memang sangat-sangat jatuh cinta dengan blog minah nih...sweet jek budak nih...oopppsss....jangan ingat aku 'bengkok' lak ek....Ini pendapat ikhlas (insyAllah) dari aku...kenapa aku kata insyAllah?...sebab ikhlas kan hanya Allah sahaja yang boleh nilai...aku cuma ingin gambarkan sahaja pujiaan aku...

Ok...berbalik kepada apa yang aku nak cakap kan ni. Blog yang aku suka sangat tu ialah blog Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com. Best blog nih (pada aku lah). Sebab minah comey ni sudi berkongsi tip-tips macam mana nak nampak kemas, cantik, menarik dan da BOMB yollll....

Minah ni memang sempoi, cerdik, pandai dll. Korang tengok sendiri lah, macam-macam gaya tudung dia pakai...dan paling penting sekali, bagaimana dia gayakan tudung + baju / warna tudung + baju / warna baju + tudung / mix and match blocking color... sangat cantik...

Kalau ikutkan, banyak lagik nak cerita nih tapi dah tak larat laks nak taip sebabkan, sambil aku menaip sambil aku meng'adjust' blog aku nih...letih plaks rasanya tangan...kekekek....lagik pun aku nak bersiap sebab mak aku ajak temankan dia pegi mall...nak cari lipstik....hmmm...aku pun nak gak tengok-tengok apa yang best...

Jumpa lagik...



Jap aku pastekan gambar minah Fatin Liyana ni yek dan laman blog dia...Have fun...







Tengok betul-betul kat seluar budak nih...
 ini ler seluar yang aku suka sangat weii..
tapi cutecarry.com pesan, kalau badan berisi,
elakkan pakai seluar cengginih... adoi...



Friday, June 24, 2011

Apa pendapat anda dengan fesyen vintage muslimah?


So, sekarang ni, era fesyen semakin menjadi-jadi.... Kalau dulu, kita biasanya melihat samada di majalah atau di kaca tv atau di billboard atau mungkin juga di pentas peragaan fesyen-fesyen yang menampilkan wanita seksi... gorgeous, 'in'...tetapi sekarang ini tidak lagi. Opppsss....Opppsss...bukan bermakna fesyen-fesyen seksi ni tidak popular lagi. Well, seksi itu subjektif kan?...Orang pakai baju kurung pun boleh dikatakan seksi...Entah macam mana yang dikatakan seksi....hhhmmmm?.... tepuk dada tanya selera.


Kemunculan fesyen bertudung kini semakin berleluasa, semakin popular dan semakin mendapat tempat di hati fashionista negara. Bayangkan, disebabkan fenomena fesyen wanita bertudung selendang ini semakin popular, ramai anak dara atau wanita yang dahulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Satu perkara yang menakjubkan....Alhamdulillah....


Macam-macam gaya tudung...ada yang bergaya dengan tudung bawal / voille lah, tudung selendanglah...belit sana...belit sini, putar sana...putar sini...sepit sana dan sepit sini. Ada pulak siap letak aksesori seperti cekak rambut atau sepit rambut. Kreatif kan?


Dari tudung ke pakaian...hmmm....sangat sesuai. Cumakan, aku tertarik dengan fesyen yang kembali 'in' iaitu fesyen vintage. Ada yang cantik dan ada yang...hhhmmmm...macam kurang sesuai jek. Apa yang aku katakan dengan kurang sesuai adalah kerana terdapat sesetengah pakaian yang digayakan dengan tudung tetapi masih mendedahkan ....well...aurat. Maaf, aku mengaku aku bukanlah baik sangat. Bukan seorang yang mungkin boleh dikatakan warak cuma dari segi logiknya sahaja yang aku ingin komen disini.


Cuba bayangkan, bertudung...berselendang...tetapi pakaian ketat....tambah pula kain pakaian daripada jenis 'lycra' (kain lembut, sedikit nipis dan membentuk tubuh). Ada juga sesetengah fesyen wanita bertudung yang menggayakan baju tight in dengan seluar skinny. Faham tak?...Aku tak kata tak sesuai sangat...cantik sebenarnya cuma kita kene pandai-pandai lah sesuaikan agar masih mengikut etika dan ciri-ciri islamik.


Di sini, aku letakkan beberapa gambar-gambar menarik untuk tatapan anda...


Contoh fesyen berselendang yang semakin popular

Yuna - Inspirasi remaja wanita hari ini
Hana Tajima - model wanita bertudung keturunan Jepun + Inggeris






Monday, June 6, 2011

Buntu...

Aku masih lagi buntu...tak tau nak jual apa dalam blog nih...disebabkan buntu jugaklah, aku dah lama tak buka blog...

Adoi...

Tengok orang lain buat blog...jual macam-macam produk, macam senang jek...tapi aku nak mula kan...macam susah jek...mungkin aku tak tau nak cari produk yang sesuai untuk di jual dan mendapat perhatian ramai...betul tak?...