Kisah Aku...sentiasa aku...

Kisah Aku...sentiasa aku...

Thursday, January 6, 2011

Macam mana nak cari keje 'Part Time'?

Aku buntu lah nak cari keje 'part time'. Walaupun aku berkerja di sektor gomen tetapi entah lah...masalah kewangan tu, tuhan sahaja yang tahu...mungkin pertamanya aku ni boros...kedua entahlah...ada orang kata kalau duit selalu tak cukup tuh maknanya dia kerja tak ikhlas...tapi tak ikhlas ke aku?...mungkin lah kot sebab kadang-kadang aku main-main jugak waktu bekerja...tapi ada orang lagi teruk...ponteng keje, datang keje 'punch card' jek lepas tuh hilang, bile bos bagi keje...dorang tangguh sampai bos mengamuk baru nak buat...tapi aku tengok rezeki dorang tu murah jek...sedang kan aku buat semua keje walaupun kadang-kadang jek ponteng tapi bile di pejabat aku buat keje cuma bile ada waktu terluang dan memang time tu takde keje, baru aku main-main...

Mungkin ini antara ujian tuhan jugak untuk aku....aku selalu luahkan perasaan aku kepada kakak kat opis ni, Kak Liza...dia pun rasa apa yang aku rasa...cuma dia slalu ingatkan aku...bukan masalah keje tidak ikhlas atau boros sahaja tapi paling besar kesilapan kita adalah hubungan kita dengan tuhan masih belum rapat dan tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggujawab kepada-Nya...

Hmmm...yelah...betul jugak...hubungan dengan Allah s.w.t itu penting...aku sedar...kadang-kadang aku lalai dlam menjalankan tanggung-jawab kepada-Nya...mungkin itu yang menjadikan rezeki aku kurang diberkati...

Jadi sempena azam tahun baru ni, aku cuba untuk berubah dan harapan aku agar hijrah aku diterima...tapi ada masanya aku masih macam ni...

Sunday, January 2, 2011

AKU DAH GEMUK.... ARRGGGHHH..... !

Betul, memang aku dah gemuk...rasa sakit hati...macam tak percaya...tapi macam mana aku boleh gemuk?...
Kawan-kawan aku kata sebab aku tengah bahagia dengan chenta hati terbaru tapi dulu pun aku ada chenta hati gaks tapi rasanya tak lah gemuk macam sekarang...sampai dagu berlapis...aarrrgghhh....aku rasa, perasaan bila berat badan naik aka gemuk lagi teruk daripada jerawat tumbuh kat muka...sebab kalau jerawat tumbuh, beli jek produk apa-apa pun, tenyeh kat muka, InsyAllah mesti hilang punya jerawat tuh tapi bile berat badan naik?...hmmm...pening...

Bile aku tengok-tengok balik baju-baju yang tak berapa nak lama yang aku asing kan di dalam kotak....macam tak percaya jek aku pernah menyarungkan baju -baju tu semua...kecik jek....semua saiz S-M...taklah macam sekarang L-XL...jauh tak perbezaannya?...

Bukan setakat BF aku jek yang bising berat badan bertambah....ayah aku pun asyik perli-perli jek kat umah...Rasa-rasaya sebab apa yek berat badan aku naik?...mendadak tau...

Aku target yang sebab berat badan aku mula naik ialah:
Pertama masa aku kene suspek denggi - doktor pesan banyak minum 100 plus...sebab taksub sangat-aku ter'over' ambil air tu...
Kedua bile aku start dapat gastrik balik...semua berpunca daripada gara-gara aku yang ber'outstation' di Kelantan...pegawai-pegawai muda yang kelam kabut dengan tiada perancangan teratur meminta aku dan krew bersiap sedia lebih awal tanpa bersarapan dahulu...at least, sediakan lah sedikit pengalas perut untuk kami...sampai di kawasan tapak projek...ingatkan dapat makan tapi makanan yang disediakan hanya untuk pegawai atasan...kami pulak kene terus segera ke lokasi untuk shot video...bayangkan dari jam 7 pagi sampai ke jam 12 tghari aku tak makan...lepas jam 12 tghari, kami pergi ke Hotel Suria, Kota Baharu untuk Sidang Media bersama Tok Pa atau Datuk Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri...selesai jam 3 petang...baru dapat makan...jadi bayangkan berapa lama aku berlapar?...untuk makluman, kami tinggal di hotel bajet...tiada disediakan makan pagi...start dari situ, aku start kene gastrik semula setelah lama tak kene...sejak dari itu, aku tak boleh tak makan...kalau tak, sakit perut...
Ketiga - maybe betul jugak ada bf baru nih, dia bukan lah kuat makan sangat tapi...ble kuar, mesti cari kedai makan....huhuhh...
Keempat- dulu masa tinggal rumah sewa ngan member baik aku Wan Farah...tinggal rumah flat...sebab malas nak tunggu lif, kami panjat tangga...parking pun jauh (maklumlah...Putrajaya - parking terhad) sebab sentiasa berpeluh...susah skitlah kot nak naik berat badan...skang dah dapat kuarters, orang tak berapa nak ramai...aku pun naik lif jek...parking pun depan lif...macam mana tak gemuk...
Kelima - sebab dah tinggal sorang kat kuarters - nak masak nasi problem...sikit macam mana pun aku masak, tapi masih banyak lagi...disebabkan tak nak membazir, terpaksa jugak aku makan sampai habis....last2 selera makan aku makin menjadi-jadi pulok...

Hmmm..kalau nak dikire alasan tu, banyak lagi yang aku nak senaraikan...tapi cukuplah setakat ini...aku benar-benar nak kurus semula...yelah, skang ni ramai sangat yang mati terkejut...betul ajal maut di tangan tuhan...tapi kalau kita tak jaga kesihatan, macam-macam penyakit lekat...kalau mati takpalah, kalau kita menderita sakit...kita bukan setakat menyusahkan diri kita tetapi kita menyusahkan orang lain untuk menjaga kita...betul tak?..walau macam mana pun, semuanya juga adalah ujian daripada Allah....

Jap aku cari gambar-gambar lama aku ek untuk aku paste kan disini dan gambar terbaru aku yang berdagu lapis...

Dahulu....aku....
Aku - berbaju Hijau...

Aku - Berbaju Kebaya Hitam
Sekarang....aku...

Gemuk kan?...

Jadi, tadi aku adalah melayari laman sesawang untuk mengetahui jadual pemakanan sihat dan tip-tip untuk kurus...dan ini yang dapat aku kongsikan bersama anda...ikut lah mana yang terbaik untuk korang semua...

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tip kuruskan badan tanpa ubat Ada tips skit:

" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

 Selamat Mencuba

Saturday, January 1, 2011

Destinasi Terakhir...ke situ jua kita akhirnya...




Salam tahun baru...

Belum pun puas kita menyambut keseronokkan tahun baru, sebentar tadi saya telah mendapat satu berita yang mengejutkan...berita kematian pelakon Adamaya dan yang terbaru Tiramisu Arwah Faizal Yusof juga dikenali sebagai Ex-Hubby penyanyi Siti Nordiana.

Meninggal pada 1 Januari 2011...pasti tarikh ini akan menjadi sejarah dan pembukaan bagi dunia seni tanah air apabila kita kehilangan seorang lagi bakat besar...

Faizal Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.45 petang tadi akibat serangan jantung...di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur...

Semoga rohnya di cucuri Allah s.w.t.